Peluk cium pujilah dia
kerana dia adalah dia
tak perlu dibeza-beza!
Dengan nama Tuhan sesungguhnya
kau tercipta untukku
betapa.......
melihat kau menangis
hatiku bagai dihiris
sesekali kau marah
terasa diri bersalah
waktu kau dicemuh
berkali aku mengeluh!ada waktunya kau jatuh tersungkur
jantungku ikut sama gugur
dan tika melihat kau berjaya
terasa dunia aku yang punya!
dan tahukah
betapa engkau kusayangi?
dan tahukah
betapa engkau kusayangi?
ANAK DIDIKKU...
saat nanti mengepak sayapmu
terbang di awan biru
jangan lupakan daku!