Sesekali saya sesali. Sikap saya yang suka bertangguh. Setiapkali punya tugasan. Menunggu-nunggu masa yang sesuai. Lalu saya biarkan . Waktu yang ada. Berlalu begitu sahaja.
Hinggalah saat terakhir. Mahu tak mahu . Saya perlu juga menyempurnakannya. Dalam keadaan tergesa-gesa. Sambil menyumpah-nyumpah di dalam hati. Mengapalah saya tidak melakukannya lebih awal.
Meskipun saya mampu menyempurnakan. Tetapi biasanya saya sendiri tidak berpuashati. Kerana saya tahu kemampuan diri. Betapa saya boleh melakukannya dengan lebih baik lagi. Tapi ketika itu, semuanya sudah tidak bererti.
Dan selepas itu. Saya akan berjanji. Pada diri sendiri. Tidak mahu bertangguh lagi. Tapi janji tinggal janji. Ianya tetap berlaku. Berlaku dan terus berlaku. Bukan sekali. Malah berkali-kali. Dan seperti selalu, saya akan bersedih berhari-hari. Menyesali diri!
Mengapalah dengan saya.......hehehe!
Anda percaya? Kalau saya katakan. Kita selalu haloba. Ghairah memburu yang tiada. Bukan juga milik kita. Hingga kita selalu lupa. Apa yang Allah beri. Adalah Yang Terbaik Untuk Kita.
Sesekali saya juga terfikir. Apa lagi yang dikejar dalam hidup. Selalu rasa tidak cukup. Dengan apa yang saya miliki hari ini. Padahal saya telah memiliki segala-galanya. Hingga saya jadi lupa. Bukan itu tujuan utama saya dihidupkan.
Dan jika ditakdirkan. Saya mati di saat ini. Bagaimanakah keadaan saya ketika itu. Mungkinkah roh saya akan gentayangan ke sana sini. Bingung mencari-cari. Jalan mana mahu dituju.
Di saat itu. Mahukah Allah menerima saya kembali. Ke pangkuan kasih dan rahmatNya. Padahal ketika hidup saya tidak pernah berkasih denganNya. Jarang sekali melepas resah rindu padaNya. Mahukah lagi Dia pada saya? Mahukah Dia?