Kita selalu berharap. Akan ada peluang kedua. Lalu berjanji separuh mati. Akan melakukannya sebaik mungkin di lain kali. Hingga akhirnya. Peluang yang hadir kita persiakan. Padahal kita sendiri tahu. Esok belum tentu ada!
Kita juga selalu. Begitu payah mahu meluahkan rasa kasih. Begitu sukar menzahirkan rasa sayang. Pada seseorang yang begitu kita kasihi. Namun peliknya. Bila perpisahan berlaku. Ianya terlalu amat kita sesali.
Kenapa dengan kita sebenarnya?