Sabtu, 14 Ogos 2010

Ayam Oh Ayam

Posted by CIKGU ROS at 5:33 PG
-->

Hari nie masak ayam gulai. Ayam lagi. Lama-lama naik jemu juga dibuatnya.


Terkenang zaman kecik-kecik dulu. Ayam masa tu lauk mewah. Jarang dapat makan. 

Sekali sekala saja.sama ada semasa hari raya atau ada kenduri kendara  .

Kalau dapat makan pun, ayam kampung yang bapak bela di belakang rumah.
 
Masa tu, proses untuk memasak ayam rumit betul. Pagi-pagi lagi bapak dah kurung ayam yang hendak di sembelih. 

Balik dari menoreh getah, bapak akan sembelih di belakang rumah. Manakala emak menjerang air di dapur. 

Air panas akan dijirus pada ayam yang telah mati. Adik Uzi dan aku pulak lepas itu yang perlu mencabut bulu ayam, satu-satu. Letihnya. Tapi seronok.
 
Berbanding sekarang.....ayam ada jual melambak di pasar. Tak payah susah-susah melalui pelbagai peringkat proses.

Tapi peliknya, perasaan sewaktu menghadapi hidangan berlaukkan ayam sudah tidak seperti dulu lagi. Entahlah..

0 comments:

 

Catatanku, Memoriku Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei