Saya asyik membelek sehelai blouse biru ketika itu. Di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu.
Bila tiba-tiba ada jari mencuit-cuit bahu saya. Menyebabkan tumpuan saya terganggu. Lalu saya menoleh geram ke arah orang yang mengganggu saya.
Bila tiba-tiba ada jari mencuit-cuit bahu saya. Menyebabkan tumpuan saya terganggu. Lalu saya menoleh geram ke arah orang yang mengganggu saya.
"Pia?"
"Ros!"
Dan kami berpelukan. Menjerit kesukaan. Seperti kanak-kanak yang menemui semula barang permainan yang pernah hilang!
Dan kami berpelukan. Menjerit kesukaan. Seperti kanak-kanak yang menemui semula barang permainan yang pernah hilang!
Ini merupakan pertemuan semula saya dan Pia. Setelah sekian lama terpisah.
Ini kerana selepas bercerai, Pia tiba-tiba memohon bertukar sekolah. Keluar dari daerah Kuala Terengganu.
Dan ketika permohonan itu berjaya, saya begitu sedih sekali.
Ini kerana selepas bercerai, Pia tiba-tiba memohon bertukar sekolah. Keluar dari daerah Kuala Terengganu.
Dan ketika permohonan itu berjaya, saya begitu sedih sekali.
Namun Pia seakan mengerti gelodak hati saya. Lalu berjanji akan terus menghubungi saya. Dan Pia mengotakan janjinya.
Hinggalah apabila saya kehilangan telefon bimbit. Akibat satu kejadian ragut di Melaka. Menyebabkan kami terputus hubungan selepas itu.
Dan ada sewaktu-waktunya saya diburu kenangan bersama Pia. Betapa saya selalu merindui gelak ketawa Pia!
Dan ada sewaktu-waktunya saya diburu kenangan bersama Pia. Betapa saya selalu merindui gelak ketawa Pia!
Kini Pia berdiri di depan mata. Masih tetap seperti dulu. Manis dan ceria.
Rindu saya pada Pia belum berkurangan. Lalu Pia saya tarik ke tepi. Dan kami bertukar-tukar cerita.
Dari satu cerita ke cerita yang lain. Tanpa mempedulikan pandangan pelanggan-pelanggan lain.
Dari satu cerita ke cerita yang lain. Tanpa mempedulikan pandangan pelanggan-pelanggan lain.
Hinggalah Pia akhirnya mengaku sudah berkahwin lagi. Perkahwinan kali ini dengan suami rakan setugasnya di sekolah baru. Mereka berkahwin di selatan Thailand.
Menurut Pia lagi, hingga kini isteri pertama suaminya belum mengetahui mengenai perkahwinan itu.
Pia pula berlagak biasa ketika terserempak dengan madunya di sekolah. Seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
Pia pula berlagak biasa ketika terserempak dengan madunya di sekolah. Seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
"Berdosakah saya Ros!" Pia tiba-tiba bersuara.
Saya menggaru-garukan kepala yang tidak gatal. Serba salah untuk memberikan jawapan.
Saya menggaru-garukan kepala yang tidak gatal. Serba salah untuk memberikan jawapan.
"Betul ke tindakan saya Ros?" Pia terus mendesak.
"Pia...tiap apa yang berlaku bukan kebetulan. Tapi semuanya dalam perancangan Allah. Sebab Allah Maha Tahu."
"Apa maksud kamu?"
"Kamu tak berdosa pun Pia. Semuanya sudah tersurat. Memang jodoh kamu dengan dia." Saya memberikan jawapan.
Bibir Pia menguntumkan senyuman. Manis sekali. Mungkin berpuas hati kerana saya menyetujui tindakannya.
"Tapi kalau saya berada di tempat isteri pertama....teruk kamu saya kerjakan. Hingga ke hujung dunia pun saya cari. Patah sayap terbang jua!"
"kalau tak jumpa?"
"Saya bomohkan kamu. Biar kamu hidup merana.......".
Ayat saya tergantung di situ. Tak sampai hati menghabiskan apa yang terbuku di dalam hati.
Wajah ria Pia pula tiba-tiba bertukar sedih. Mungkin tidak menduga saya boleh mengeluarkan kata-kata sekejam itu!

Dan akhirnya pertemuan saya dan Pia petang itu berakhir jua. Sebelum berpisah, kami berpeluk-pelukan. Saling berjanji akan terus berhubungan.
Ketika membalas lambaian tangan Pia, tiba-tiba saya terfikir. Rahsia ini pasti terbongkar satu masa nanti. Setidak-tidaknya di hari kematian suaminya.
Bagaimanakah agaknya reaksi madu Pia nanti. Setabah manakah dia menghadapi kenyataan.
Bahawa suaminya pernah membahagi kasih, rumah, dapur dan tempat tidur!
Bahawa suaminya pernah membahagi kasih, rumah, dapur dan tempat tidur!
Dan lebih pahit lagi, rumahtangganya dikhianati oleh wanita yang begitu dekat di hatinya!
Dan ketika mahu melangkah keluar dari pasaraya itu, hujan mula turun membasahi bumi.
Renyai-renyai dan akhirnya mulai lebat. Selebat hujan di dalam hati saya!
Renyai-renyai dan akhirnya mulai lebat. Selebat hujan di dalam hati saya!
"Semoga kamu berbahagia di dunia dan akhirat!"
Dalam diam saya memanjatkan doa. Untuk seorang sahabat bernama Pia!
Dalam diam saya memanjatkan doa. Untuk seorang sahabat bernama Pia!
Namun kini Pia pula yang menjadi duri itu!
"Pia................." Tangis saya dalam hati!