Sejak sekian lama, baru hari ini saya berpeluang melihat semula gambar bekas anak murid saya di fb....Arif. Wajah ceria Arif bersama rakan-rakan saya renung. Dah besar panjang rupanya dia. Begitu cepat masa berlalu.
Satu masa, Arif pernah dirujuk kepada saya. Semuanya bermula apabila guru-guru di kelas Arif mendapati beliau terlalu sukar menguasai kemahiran 3M. Sejak awal persekolahan lagi! Dan sebagai guru pemulihan, teman-teman setugas menaruh harapan saya mampu membantu Arif.
Bermula detik itu saya berusaha membantu Arif. Mengajarnya membaca, menulis dan mengira. Tapi tidak banyak perubahan yang berlaku kepada Arif. Terlalu sedikit kemajuan yang dicapainya. Dan saya mengalah akhirnya!
Atas nasihat pihak pengurusan sekolah, bapa Arif membawa beliau kepada doktor untuk pemeriksaan keupayaan iq. Dan doktor akhirnya mengesahkan . Bahawa tahap keupayaan mental Arif jauh lebih rendah berbanding usianya. Dan bila Arif berpindah ke Kelas Integrasi pendidikan khas, saya hanya melihat Arif dari jauh!
Secara jujurnya......Hingga kini jauh di dalam hati saya selalu menyesal. Tertanya-tanya di manakah silapnya hingga Arif tidak berjaya saya pulihkan. Di manakah silapnya? Andai benar Arif mempunyai tahap iq yang tidak sepadan dengan usianya...mengapakah saya ketika itu tidak berusaha sedaya upaya membantunya. Mengapakah?
"Arif..........Maafkan cikgu!" Dan air mata saya menitik lagi
0 comments:
Catat Ulasan