Hari pertama persekolahan sesi 2017.Murid-murid pemulihan sengaja saya biarkan berada dalam kelas mereka. Biar serasi dengan guru kelas dan rakan-rakan baru terlebih dahulu.
Masa terluang yang ada saya gunakan untuk mengemaskini mana-mana yang patut. Sistem perfailan dan susun atur kelas telah saya kemas kini pada minggu-minggu akhir cuti sekolah baru-baru ini.
Tetapi pagi ini ruang bacaan masih mencuri perhatian saya lagi . Entah kenapa saya tetap merasakan ada yang tak kena dengan susunan di situ.
So apa lagi, buku-buku cerita di dalam rak buku saya keluarkan semuanya. Saya biarkan semuanya terkapar di atas meja belajar murid. Rak buku dan sofa mahu saya tukar kedudukannya . Suka sama suka.
"Last touch up ." Getus saya .

Belum sempat menolak rak buku ke tempat lain, pintu bilik saya terbuka diiringi suara memberi salam.Tuan Haji Khairi, Timbalan PPDKT dan puan Guru Besar menjengol di balik daun pintu!
Alamak.....pemantauan hari pertama persekolahan! Saya menggelabah....
"Sorry Tuan, bilik pemulihan saya sedikit bersepah hari ni."
"Hmmm...baru nak berkemas ke? Kenapa tak settle hari Khamis baru ni?" Tuan Timbalan bersuara. Puan Guru Besar di sebelah tersenyum.
"Hehehe..... terkena aku." Bisik saya sendiri.
#PENGAJARAN : Jangan buat kerja last minit.
0 comments:
Catat Ulasan