Kami berkampung 10 hari. Di hujung padang sekolah. SMK Tun Seri Lanang, Muar Johor.
Sekadar mengingat beberapa nama …….Noorlela Surip, Khamisah, Zai, Asmah Md.Tap, Normazelah, Yaakob, Hazreen. Juga Hairul Anuar, Kamaruddin, Halim Katan, Mohd.Nazir, Suhaimi Zaman, Azman, Azamuddin Zainuddin serta banyak lagi yang saya telah lupa.
Semuanya bermotifkan untuk menghabiskan lencana Usaha Pengakap Muda.
Guru Pemimpin kami Cikgu Samad. Hanya menjengok kawasan perkhemahan dua kali sehari. Waktu pagi dan petang. Namun ekor matanya sentiasa mengawasi kami 24 jam. Ini kerana beliau ketika itu mendiami rumah guru. Terletak tidak jauh dari tapak perkhemahan kami.
Berkhemah di tengah padang sekolah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.
Tiada pokok melindungi. Kesejukan yang menggigit hingga ke tulang sum-sum di waktu malam. Kepanasan yang menggila di waktu siang.
Namun ianya tidak pernah mejadi penghalang. Malahan kami seronok menikmati detik-detik itu.
Kami bagai satu keluarga besar. Setiap ahli tahu tugasan masing-masing. Membuat gajet. Membersihkan kawasan perkhemahan, belajar memasak telur dalam tanah. Dan banyak lagi. Malahan , saya turut pergi memancing dalam usaha mendapatkan lencana pemancing ketika itu.
Malam penghujung perkhemahan tiba. Sejak awal petang kami sibuk membuat persiapan untuk malam kebudayaan. Unggun api dihidupkan di tengah padang. Setiap ahli duduk mengelilingi unggun api.
Dan satu demi satu kumpulan keluar membuat persembahan . Tiada bbq dalam menu. Yang ada cuma ada air teh ’o’ dan roti lilit bakar.
Di akhir persembahan, lagu Malam Ini nyanyian Sudirman dipasang. Lagu itu sedang popular ketika itu. Dan kami menyanyi beramai-ramai.
Hingga kini, saya selalu merindui harumnya bau roti lilit yang dipanggang . Juga terbayang satu demi satu wajah teman-teman.Setiap kali mendengar lagu Malam Ini oleh Sudirman.Di manakah agaknya teman-teman saya di saat ini?
2 comments:
awak mengingatkan saya pada kenangan manis yg tak mungkin dilupakan....pengakap,berkhemah, unggun api,masak telur n roti lilit n teman-teman.....
alfatihah utk arwah cikgu samad....
Ros...pic tu mengingatkan lia pada perkemahan Pandu putri sekitar 1987 di Tanjung Muar...klo u ingat lagi le...emm memang best
menyanyikan lagu sirih pinang dipentas..
hehheehe
Catat Ulasan