Sabtu, 20 November 2010

PAHITNYA BERMADU...SEPAHIT HEMPEDU!

Posted by CIKGU ROS at 9:47 PG
Satu hari saya terjumpa lesung yang telah rosak.   Berlubang di bahagian tengah.

Lesung itu kepunyaan kak Yah, jiran saya. Saya sering melihat beliau menggunakannya.

Hal lesung berlubang tengah itu tidak habis di situ. Ianya saya ceritakan kepada emak. Bulat mata emak mendengarnya.

"Petanda tak baik". Gumam emak.
 
"Kenapa?" Soal saya, ingin tahu.


"Orang tua-tua kata...rumahtangga mereka akan porak peranda". Suara emak resah di hujung.

 Dan secara kebetulan. Tiga bulan kemudian andaian emak menjadi kenyataan.


Rumahtangga jiran kami itu benar-benar dilanda badai. Suami Kak Yah main kayu tiga. Bukan dengan orang lain. Tapi dengan bekas kakak ipar sendiri.

Bila kecurangan suaminya terbongkar, pelbagai usaha Kak Yah lakukan.

Merayu pada suami agar melupakan bekas iparnya. Langsung tidak dihirau.

Melutut pada bekas biras agar mengasihani anak-anak. Juga tidak dipeduli.

Berubat melalui bomoh agar suaminya sedar balik. Malah tidak berkesan.

Meminta orang-orang tua kampung agar menasihati suaminya.  Juga tidak berbekas.

Hingga akhirnya Kak Yah pasrah. Dan mungkin sudah tersurat. Kak Yah bermadu juga akhirnya.

Sejak hidup bermadu, apa yang Kak Yah takuti benar-benar terjadi. Suami Kak Yah tidak pernah berlaku adil.  

Sejak itu .. senyum di bibir Kak Yah sudah hilang. Raut wajahnya yang selalu ceria bertukar kepedihan yang sukar ditafsirkan. Di matanya penuh kemarahan dan dendam.

Dan sesekali air mata Kak Yah tertumpah di hadapan saya. Kak Yah saya sudah jauh berubah!

Hingga kini kisah lesung Kak Yah  yang rosak  berlubang di tengah terus menghantui saya. Kerana darinya   saya belajar dari Kak Yah betapa pahitnya hidup bermadu!


"Pahitnya bermadu...sepahit hempedu!" Kata-kata Kak Yah hingga kini terngiang-ngiang di telinga saya.

6 comments:

Shamsuri Zainuddin berkata...

lesung berlubang org buat no ekor tahu lah sy.

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:40 PTG berkata...

apa pulak kaitan lesung berlubang dengan buat no. ekor ye....

Pixman David Teo berkata...

keluar ekor ke,,,,mkn sup ekor lagi best

Adnan mat Tahir berkata...

Gmna y madu itu pahit aslinya dr gula???? Hempedu itu smmgnya pahit tp tinggi pulak khasiatnya..

Saparin b. Rojan berkata...

Ha..ha..ha..Dalam maknanya falsafah ...betul2 ...Dekat thailand ramai yang makan Hempedu ular....Tapi madu asli pun banyak khasiatnya seperti yang tertulis dalam alquran...

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:42 PTG berkata...

madu selalu makan...tapi hempedu x pernah rasa....

 

Catatanku, Memoriku Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei