Khamis, 25 November 2010

SWEET SEVENTEEN

Posted by CIKGU ROS at 2:25 PTG
SPM  datang lagi. Teringat betapa berdebar-debarnya saya ketika memasuki dewan peperiksaan.

Dan di sebalik debaran itu, ada kenangan yang saya simpan rapi hingga kini.

Peperiksaan berlangsung selama hampir tiga minggu. Sepanjang peperiksaan,  beberapa orang guru  pengawas peperiksaan bertugas mengawasi kami. Di antaranya terdapat seorang guru lelaki.  Mungkin baru menamatkan pengajian. Dan baru memulakan profesion perguruan. 




Tapi saya terlalu sibuk membelek nota di waktu senggang. Hinggalah pada hari terakhir peperiksaan. Lailati Mohd Noh, teman baik saya membuka rahsia. Ketika itu kami melangkah keluar dari dewan peperiksaan.

"Ros...kamu tak sedar  atau buat-buat tak tahu ?"

"Sedar  pasal apa?" Tanya saya meminta kepastian. Peralatan menulis saya simpan ke dalam beg.  Sambil berbalas senyuman dengan kawan-kawan. Ketika kami berpapasan .  Wajah masing-masing nampak lega. Peperiksaan dah tamat!

"Saya rasa guru pengawas peperiksaan tu sukakan kamu" Saya menghentikan langkah. Muka bulat Lailati saya renung. Dahi saya berkerut.

 " Guru pengawas yang mana satu?"

"Guru pengawas yang paling muda tu. Betul...saya rasa dia sukakan kamu"

"Mana kamu tahu?" Saya  meminta kepastian.


Lailati  menceritakan hasil pemerhatiannya. Perihal tindak tanduk guru itu. Dari hari pertama hingga hari terakhir peperiksaan berlangsung. 

Bagaimana guru muda  itu sentiasa duduk setentang dengan meja barisan saya. Banyak kali melintas di tepi meja saya. Berdiri lama di sebelah saya.  Membelek kad pengenalan saya berulangkali.  Lebih dari  lima kali setiap sessi peperiksaan. Dan selalu mencuri-curi pandang muka saya. Ketika saya asyik menulis jawapan.
"Dan seringkali menghantar kertas jawapan  kosong. Walaupun saya tak memintanya. " Tambah saya.


Saya tersenyum mendengar cerita Lailati. Dalam hati saya mengakui kebenaran pemerhatian teman baik saya itu. Semua perkara itu memang benar berlaku. Namun saya terlalu bimbang dengan peperiksaan. Hingga tiada  masa untuk  mengendahkannya.

Tiba-tiba Arman, bekas teman sekelas mendekati kami. Menyerahkan sepucuk surat.

"Jangan tanya apa-apa. Semalam, Cikgu Az minta aku tolong sampaikan ." Bicara Arman mengunci mulut kami. Saya terpinga-pinga!


Lailati segera menyambut dan membukanya. Kami berkawan baik sejak di tingkatan empat lagi. Tiada rahsia antara kami.


"Ros...Cikgu Az memang sukakan kamu. Dia nak berkenalan dengan kamu! Betul tak apa yang saya sangka?" Lailati menjerit-jerit kesukaan. Sambil mengibar-ngibar helaian surat ke muka saya.

"Eh, dia beri nombor telefon la. Kamu fikir tak apa yang saya fikirkan!"  Bisik saya. 

Lailati memandang saya. Saya merenung semula Lailati.  Kami sama-sama tersenyum. Ada rencana nakal  yang mula tergambar dalam kepala! Saya dan Lailati segera berlari.  Meluru ke pondok telefon .


Lailati membacakan nombor. Saya pula  memegang gagang sambil mendail.



Panggilan saya bersambut. Kebetulan Cikgu Az sendiri yang menyambutnya. Kami berbual-bual. Bercerita perihal diri masing-masing. Lailati di sebelah turut sama menekupkan telinga di gagang telefon. Turut mahu mendengar perbualan kami. Dan tiba-tiba.....


"Eh...awak ni tersalah nomborlah. Ini bukan rumah Encik Ibrahim. Ini nombor rumah Encik......"  Tiba-tiba Cikgu Az menukar topik perbualan. Saya terkejut. Lailati terkejut sama.

"Emak saya ada di sebelah ni. Dia asyik bertanya dengan siapa saya bercakap. Lain kali kamu telefon saya ya." Sayup-sayup saya terdengar suara Cikgu Az berbisik.  Perlahan-lahan gagang telefon saya letak.

"Anak emak rupanya.......hahaha." Saya dan Lailati sama-sama menjerit. Ketawa kami berderai. 

Dan ianya berakhir di situ. Selepas itu saya tidak pernah lagi menelefon ' anak emak'   itu. Tetapi  suratnya saya simpan sebagai kenang-kenangan.


Peristiwa ini berlaku bertahun dulu. Di saat saya terlalu muda untuk mengenal erti apa itu cinta.  Selepas itu saya terlalu sibuk meneruskan pelajaran di peringkat seterusnya.


Tambahan pula saya sendiri tidak berminat menyambut cinta guru muda itu.




 Tapi setiap kali menonton filem P.Ramlee  Ibu Mertuaku , saya teringatkannya. Adegan Sarimah tiba-tiba menukar tajuk perbualan serupa dengan apa yang saya alami. Dan saya pula  seperti Kassim Selamat...yang terpinga-pinga sendiri.

29 comments:

Saparin b. Rojan berkata...

Alamak hero kenalah gentlement bagi tahu mak dia yang dia dah berkenan kat awek..barulah emak dia bagi green light...hai labu..labu apelah nasib kau...

Siti Norma Embong berkata...

wahh!!..hee..sukee

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:06 PTG berkata...

Saparin...bukan semua hero cam awak.....apa2 pun memang dah x de jodoh sebenarnya. Betul x Saparin?

Saparin b. Rojan berkata...

Betul3x jodoh pertemuan ditangan Tuhan..kita hanya merancang kan Cik gu tapi ketentuan ditangannya..anyway good story.

Adnan mat Tahir berkata...

Brbakat Cikgu Rose nih. Serious..boleh buat cerpen buat permulaan..

Saparin b. Rojan berkata...

Ni dah masuk takat cerpen ... tunggu dia punya Novel keluar pulak.

Aliza Alias berkata...

cg. Rose ni memang mcm 2. suka mengarang.tu blm lg dia karang ttg org yang disekeliling dia yang suka buat takut kena marah.hehehe

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:10 PTG berkata...

Siti Norma, Adnan dan Saparin. Tqvm sebab sukakan citer nie. hehehe...x pandai mana pun...cuma saja2 nak isi masa lapang.

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:10 PTG berkata...

hahaha...cg. aliza takut sayatulis pasal dia la tu...hehehe...rilek rr, belum sampai masanya

Saparin b. Rojan berkata...

Buat Aje Cikgu Ros ...Baru kit tahu dia punya life...ha..ha

Adnan mat Tahir berkata...

Klu ada peluang bolehle anta anak2 belajar menulis dgn Cikgu Rose nih. Klu anak2 sy Bahasa Malaysia kurang power tk smcm bapaknya.. he he he..
Betul tu Saparin, klu tk d cba mna nk tau tp pd I, Cikgu Ros

Saparin b. Rojan berkata...

Cikgu Aliza dah terketar dengar cikgu Ros nak tulis memori hidup dia..ha..ha..ha

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:14 PTG berkata...

Adnan....saya nie cikgu pemulihan khas...yang x pandai membaca bule la saya tolong ajarkan...hehehe

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:14 PTG berkata...

Aliza.....ada orang suruh saya tulis memory awak lak nie. cam ne...bule x?

Mohd Apandi Salleh berkata...

Baik jg idea tu, boleh gak saya tahu sedikit sebanyak tentang Aliza ni, Kawan lama kat Maktab dulu..terpisah hampir 13 tahun . Sekarang sedang mencari Aliza. Saya ni org Besut, mengajar di SK Kampung Buloh Setiu.......

Aliza Alias berkata...

siap yang suruh 2. blh. tp kulu blh jgn yg pelik2 doh.malu jah

Saparin b. Rojan berkata...

Ha..ha..Apa pulak yang peliknya kecuali kalau ade yang luar biasa baru ade orang berminat nak baca...ini kira mcm gosip2 lah ni..

Aliza Alias berkata...

gosip2 ni bahaya juga.hehehe....tp saya tahu k.zah xbuat ke saya mcm 2.coz kami adalah 3serangkai.salah seorg xdtg sek sunyi hehehe

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:18 PTG berkata...

aliza...jgn bimbang, kita best friend...x kan nak tulis citer x elok lak...apa kata tulis citer pasal Apandi atau Saparin nie molek gak...pandai sangat suruh tulis citer pasal Aliza ........hahaha

Aliza Alias berkata...

kalu Saparin saya xtahu mcm dia.tp kalu apandi 2 tahu jugalah.kwn lama katakan.

Saparin b. Rojan berkata...

Saya punya cerita tak glamour pasal selalunya org tak mahu dengar cerita pasar org lelaki..tapi cerita Cikgu aliza mungkin glamour pasal dia ramai peminat ..hahaha..betul tak Cikgu Ros

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:20 PTG berkata...

belum cuba belum tau lagi saparin....citer org pompuan byk dah org tulis...apa kata kita tulis citer pasal awak lak....LELAKI MELAYU TERAKHIR...hahaha

Aliza Alias berkata...

setuju 200%. citer saya biasa2 je.boring dengar.....

Saparin b. Rojan berkata...

LEALAKI MELAYU TERAKHIR...Hahaha..Cg buat lawaklah...Kalau saya jadi lelaki melayu terakhir menagis nanti wanita belayu kerana tak ade calon suami...Itu kira dunia dah nak akhir..Tak payalah Cg tak menari cita saya nanti kosong panggung...betul tak Cikgu Aliza...hahaha

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:21 PTG berkata...

Ala...malu-malu kucing pulak si saparin nie. Mana Adnan nie...senyap aje. bagi la komen...saya nak tulis citer pasal si saparin pulak. Cg. Aliza dah setuju. Kita tunggu komen Adnan pulak...pro @ kontra...hahaha

Saparin b. Rojan berkata...

Cg Aliza setuju pasal dah kena brain wash dgn Cg Ros..betul tak...hahahaha. Adnan pegi Indonesia dia masuk hutan kat Kalimantan tu yang tak dapat Internet signal...hihihi

Aliza Alias berkata...

utk buat persetujuan saya xperlu di brain wash.saya ada pendapat saya sendiri hehehe

CIKGU ROS on 3 Disember 2010 pada 1:23 PTG berkata...

Aliza...masa nie la nak lawan balik si Saparin nie. dia dah tinggal sorang2 ......kawan dia si Adnan x de utk backup dia...hahaha...

Saparin b. Rojan berkata...

Tak acilah dua lawan satu..oklah saya duduk diam2 ajelah...hehehe

 

Catatanku, Memoriku Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei