The apple of my eye. Maknanya seseorang yang paling kita sayangi.
Selalu saya tertanya sendiri. Apa akan terjadi kalau setiap guru mempunyai murid yang dianggapnya the apple of my eye.
Tidak rosakkah hati anak murid lain jika mendengarnya?
Seorang bekas pelajar perempuan saya pernah mengadu tentang hal ini. Guru kelasnya secara terang-terang menyebut. Hanya menyukai seorang sahaja murid di kelasnya. Manakala murid lain dibenci. Termasuk pelajar perempuan saya itu.
Teresak-esak dia menangis ketika bercerita. Begitu rosak hatinya. Mendengar pengakuan ikhlas dari guru kelasnya itu.
"Tak apalah. Kalau kita sayang orang, orang lain akan sayang kita." Pujuk saya.
"Tapi kalau kita benci orang, nanti orang lain pun akan benci kita balik." Tambah saya lagi.
Dan dua hari lepas, soalan mengenai siapa the apple of my eye diajukan kepada saya. Tiga orang anak murid saya meminta kepastian.
"Antara kami, siapa yang paling cikgu sayang?"
Wajah Farah, Puteri dan Bella saya renung satu persatu. Saya selalu bergurau . Dan kali ini saya mahu bergurau lagi.
Saya mahu menyebut nama salah seorang dari mereka. Tentunya nama yang tidak disebut akan menjerit-jerit.
Marahkan saya. Kerana tidak menjadi the apple in my eye saya.
Tiba-tiba peristiwa bekas pelajar perempuan saya menangis teresak-esak menerpa di ruang fikiran. Lalu saya mengubah fikiran.
"Semuanya cikgu sayang."
"Betul?"
"Betul...semuanya cikgu sayang."
"Sayaaang cikgu..." Jawab ketiga-tiganya serentak lalu memeluk saya.
Dan saya tersenyum puas!
2 comments:
ada pro dan kontra THE APPLE OF MY EYE tu..bergantung kebijaksanaan Guru membaca pemikiran dan tahap mentaliti muridnya..ada sesetengah menyahut cabaran dan membuktikan THE APPLE OF MY EYE Guru boleh dikalahkan(Pelajaran) dan akhirnya dia b...erusaha 150% dari biasa kerana dendamnya itu..dan dia berjaya..Cuma ditakuti jika pemikiran negatif..oleh itu..jadikanlah semua pelajar tu TAOME dan sesungguhnya setiap murid ada kelebihan masing-masing..Hanya kepakaran Guru dapat mencungkil bakat dan keistemewaan yang tersembunyi itu..Janganlah kita berbangga dapat mengasah pedang samurai yang sedia tajam tetapi berbanggalah jika dapat mengasah parang kebun tu setajam pedang samurai tu..apa pendapat Cikgu Budiman..?fikir-fikirkanlah..
bunga kekwa bunga dedalu....Amin, wa caya sama lu...hahaha
Catat Ulasan