Isnin, 6 Disember 2010

ASAM JAWA TAK ADA BIJI!

Posted by CIKGU ROS at 3:18 PTG
Ini bukan cerita saya. Cerita dari seorang teman. Tetapi pertama kali mendengarnya, saya ketawa. Hingga menitiskan air mata. Dan saya ingin berkongsi cerita itu di sini.

Gambar hiasan



Kisah ini berlaku di sekitar tahun 70-an.  Di  kampung sahabat saya, di selatan tanah air. 

Ketika  prasarana seperti  elektrik, air bersih dan telefon tidak menyeluruh.   Hanya terdapat di bandar-bandar besar.  Tidak seperti sekarang!


Jiran kawan saya itu bernama Jali dan Ani. Mereka sudah lama berkahwin. Tetapi tidak mempunyai anak.

Satu malam,  Ani terjaga dari tidur.  Perutnya tiba-tiba meragam. Mahu membuang air besar.  Berkali cuba ditahan. Tapi semakin memulas-mulas rasanya.

Gambar hiasan

Ani memang takut  ke  tandas pada waktu malam. Biasanya Jali yang menemankan. Tetapi malam itu Jali tiada di rumah. Ke laut mencari ikan.

Takut Ani sebenarnya bersebab. Ini kerana tandas mereka terletak di luar. Jauh di belakang rumah. 

Jalan menuju ke belakang pula  semak dengan lalang.  Ani bimbang terpijak binatang berbisa. Seperti ular, lipan atau jengking.


Di tambah pula dengan suasana  gelap di luar rumah. Cahaya api pelita tidak mampu menerangi jalan ke tandas. Malahan kadang-kadang mati ditiup angin.  Semuanya itu cukup menakutkan Ani!

Gambar hiasan - Ani berjalan mundar-mandir di dapur rumah.


Lama Ani mundar -mandir di dapur rumah. Menahan sakit. Cuba ditahan.

Menunggu-nunggu jika suaminya pulang dalam masa terdekat. Tapi isi perutnya tetap mahu keluar!

Akhirnya setelah tidak dapat menahan sakit. Ani mengambil langkah drastik. Beliau membuang air besar di bahagian dapur rumah. Di atas beberapa helai surat khabar yang disusun.

Setelah selesai, beliau membungkusnya rapi-rapi. Lalu meletakkannya di dalam periuk lama. Dan meletakkannya di bawah para-para dapur memasak.


Keadaan ini tidak menyulitkan Ani. Ini memandangkan dapur rumahnya hanya berlantaikan tanah. Tipikal rumah kampung ketika itu. 


"Esok saja aku membuangnya." Rencana Ani dalam hati. Lalu menyambung semula tidurnya.

Gambar hiasan - ikan



Menjelang subuh, Jali balik dari laut. Membawa tangkapan ikan. Beliau tahu Ani  sedang nyenyak tidur. Dan tidak mahu mengejutkan isterinya. 

Lalu Jali melakukannya sendiri. Menyiang ikan-ikan yang dibawa pulang.


Setelah siap, Jali berjalan menuju ke para-para dapur memasak.  Mencari asam jawa. Untuk membuang bau hanyir ikan-ikannya. Sambil itu beliau menghisab cerut!




Jali meraba-raba di bawah para-para dapur. Tempat biasa isterinya meletakkan asam jawa. Tetapi peliknya ada dua buah periuk lama di situ.

Jali menarik salah satu periuk tersebut. Mengambil sesuatu dalam bungkusan kertas.  Lalu menggaulkannya ke dalam besen mengandungi ikan.



Jali meramas-ramas asam jawa bersama ikan-ikan.  Setelah bau cerut yang dihisabnya hilang, beliau merasakan sesuatu yang pelik.


Gambar hiasan - Cerut



"Awak beli asam jawa  baru ke?"  Aju Jali ketika melihat isterinya menjengokkan muka di pintu dapur.

Wajah Ani nampak balam-balam dalam cahaya api pelita. Terpinga-pinga!
!

"Kenapa?" 


Gambar hiasan - buah asam jawa



"Asam jawa ni pelik la. Tak macam biasa. Berbau busuk pulak tu. Biji pun tak ada." Terang Jali. Tangannya terus menggaul ikan-ikan. Ani yang kehairanan berjalan merapati suaminya.

"Bila masa pula saya beli asam jawa tak ada biji?" Soal Ani pula. Penuh kehairanan

"Betul. Asam jawa ni tak ada biji. Busuk pulak tu!" Jali menguatkan kata-katanya. Sambil menunjukkan besen ikan kepada isterinya.

"Abang ambil asam jawa ni dari bekas mana?" Ani meminta kepastian.

"Dari dalam periuk bawah para dapur tu." Jali menunjukkan periuk lama. Di bawah para-para dapur. Cahaya dari pelita balam-balam menerangi suasana rumah dapur mereka.

"Ya Allah. Tu bukan asam jawa..." Tiba-tiba Ani menjerit. Jali kebingungan.

"Kalau bukan asam jawa, benda apa pulak yang tak ada biji ni?" Jali semakin bingung.

"Itu tahi saya. Malam tadi takut nak pergi tandas. Saya simpan dalam periuk tu. " Jawab Ani.


Dan belum sempat Ani mengakhiri kata-kata, Jali meluru keluar rumah. Mencampakkan ikan sebesen. Yang telah digaul dengan asam jawa tak ada biji!

Gambar hiasan - Suasana di awal pagi



Bunyi bising dari rumah Jali menarik perhatian jiran-jiran sekeliling. Masing-masing berkejar ke rumah pasangan itu. 

Dan pagi itu suasana bertukar menjadi hingar bingar. Dengan hilai tawa jiran-jiran. Mendengar cerita. Jali menggaul ikan dengan asam jawa tak ada biji!
Ini kisah benar. Berlaku di zaman kemudahan tidak seperti sekarang.

Justeru itu, bersyukurlah dengan kemakmuran negara yang  kita nikmati hari ini. Fikir-fikirkanlah!

11 comments:

Aminuddin Mohd Diah berkata...

betul Cikgu Ros.Sewaktu zaman pelita,lampu gas dan tandas luar dahulu ..banyak cerita membuatkan kita tersenyum sendirian..Hebat cerita awak tetapi 18sx..ha..ha...

Aliza Alias berkata...

kelakar btl citer 2. kuar air mata ketawa ngat. bijak ah k.zah cari citer.cari ah lagi ye.......

Saparin Rojan berkata...

Bayangkan kalau suami dia rajin dan siap masak utuk sarapan pagi, kemudian makan sama2 dgn isteri dia mesti lagi haru..nasib baik detect cepat..hahaha....mmg best tapi tak boleh nak imagine

Majid Baba berkata...

haaa..kelako ya k.zah...kang colek jadi raja lawak bru tau..aliza tu bukan kereta mpv produa ke !! macam sama je...

Aliza Alias berkata...

hahaha....sebenarnya produa yang guna nama saya utk jenama kereta br mrk. eh muka saya mcm kereta ke?

CIKGU ROS on 8 Disember 2010 pada 5:23 PTG berkata...

Majid...jgn berani mengayat kawan baik saya tu lak...hehehe...ada org benjol dahi nanti.

Majid Baba berkata...

alamak..takut pulak....sory alza...tok mak sy dah wrning...

CIKGU ROS on 8 Disember 2010 pada 5:24 PTG berkata...

Majid...byk la awak punya tok ma...hehehe

Majid Baba berkata...

sory to mak....silap..sory cgu ros...ala acah-acah je...awk pun kawan baik sy gak kan..!!!! eeeha...

Majid Baba berkata...

ros...bukan muka dia mcm keta, mcm motosikal.....huhuhu...nak marah, marah la...bukan sy kenal pun,,,huhu...

CIKGU ROS on 8 Disember 2010 pada 5:28 PTG berkata...

Aliza...jangan kecik hati kat majid nie. Dia memang cam nie. So...senang citer, awak belasah dia semula cukup-cukup. Dia dah biasa keluarkan surat saman, sebab tu x makan saman dah...hahaha...sori, gurau je

 

Catatanku, Memoriku Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei