Di tempat saya sekarang, akad jual beli masih berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Di mana setiapkali membuat pembelian, si penjual akan menyatakan...beliau menjual barang. Dengan harga di tetapkan. Manakala si pembeli akan menjawab balik....saya membelinya.
Satu hari, saya ke sebuah kedai menjual keperluan harian. Seperti biasa, akad jual beli berjalan. Untuk sebotol air minuman yang saya beli.
 |
Sekadar gambar hiasan |
"Saya jual semuanya." Si penjual, seorang lelaki awal 30an mengucapkan akad menjual. Sambil menyambut wang RM2 yang saya hulur.
"Terima kasih. Saya beli semuanya ye." Jawab saya sambil tersenyum. Penjual itu membalas balik senyuman saya.
“Sila datang lagi.” Kata si penjual. Bibirnya menguntumkan senyuman.
"Memang saya nak datang semula sekejap lagi. Saya bawa lori pula. Nak angkut semua barang dari dalam kedai ni. Dan bawa balik ke rumah. Wah, kaya la saya lepas nie."
 |
Sekadar gambar hiasan |
"Kenapa nak ambil semua barang?" Senyuman si penjual mati tiba-tiba. Dahinya berkerut. Mukanya kebingungan. Masih belum faham maksud saya.
"Bukankah kamu dah jual semua barang kepada saya dengan harga RM2.00 !" Jawab saya selamba. Buat-buat bodoh.
 |
Sekadar gambar hiasan |
"Saya cuma jual air sebotol tu aje" Si penjual cepat-cepat memintas percakapan saya. Membetulkan semula akadnya. Baru faham apa maksud saya.
”Oh....saya beli sebotol air minuman nie aje la.” Balas saya balik.
"Pening kepala saya kalau semua pelanggan macam kamu." Ketawa si penjual sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Saya ketawa sama. Sambil berlenggang keluar dengan sebotol air minuman di tangan!
0 comments:
Catat Ulasan