Dia menghulurkan tangan. Saya menyambutnya. Kami bersalaman. Dan berbalas senyuman. Lalu saya mempersilakan dia duduk di sebelah saya.
"Ini sepupu saya, Zila." Beritahu Emi. Teman baik saya. Memperkenalkan tetamu yang baru bertandang ke rumahnya.
"Saya Ros".
"Rasa macam pernah jumpa. Tapi tak ingat di mana." Zila memulakan perbualan.
"Entah. Tapi muka saya ni memang muka glamour. Bersepah-sepah ada kat mana-mana. Sebab tu ramai yang kata macam pernah jumpa. " Saya bergurau. Dan kami sama-sama ketawa.
Sebenarnya memang kami pernah berjumpa. Tapi sengaja saya merahsiakannya. Bimbang mulutnya terus terkunci.
Jika saya membuka rahsianya di hadapan Emi. Bahawa Zila pernah menangis di hadapan saya. Ditinggalkan suami di sebuah pasar raya!
Saya masih lagi ingat . Malam itu saya keluar membeli barang. Di sebuah pasar raya di bandar Kuala Terengganu.
Selesai membeli barang. Saya tidak terus pulang ke rumah. Malam masih muda. Saya belum mahu pulang.
Oleh itu saya duduk di sebuah kerusi batu di luar pasar raya. Di sebelah seorang perempuan bertudung biru.
Setelah duduk, baru saya perasan. Perempuan di sebelah saya sedang menangis teresak-esak. Saya buat-buat tak tahu.
Setelah bunyi tangisan reda, lalu perlahan-lahan saya menghulurkan tisu. Huluran saya bersambut. Air mata dikesatnya. Dan kami berbalas senyum.
Pelanggan pasar raya semakin ramai. Berbondong-bondong keluar dan masuk. Melalui cahaya suram lampu, saya dapat melihat wajahnya yang sedih dan kecewa.
"Maaf. Mengganggu kamu dengan tangisan saya." Perempuan bertudung biru itu memulakan bicara.
"Tak apa. Saya tak kesah pun." Balas saya.
"Saya sedih betul tadi." Tiba-tiba perempuan itu membuka rahsia. Saya buat-buat tak tahu. Dengar dan tidak.
"Geram betul. Selalu buat saya macam nie."
"Kenapa?" soal saya. Pancing saya sudah mengena. Perempuan bertudung biru itu bercerita. Tanpa saya paksa!
"Saya beli barang tadi. Bila keluar suami saya dah balik. Tinggalkan saya sorang-sorang kat sini. Suruh saya balik sendiri. Rumah kami bukannya dekat. Takkan saya nak balik jalan kaki. Dengan barang yang banyak begini."
"Kenapa dia balik dulu. Tinggalkan kamu sorang-sorang....?" Saya mengajukan soalan.
"Kenapa tak beritahu dia orang ramai?" Aju saya lagi.
"Kenapa dia tak masuk dengan kamu sekali?" Cungkil saya lagi. Perempuan bertudung biru itu tersenyum kelat.
"Dia tak pernah menemankan saya semasa membeli belah. Suami saya tak suka suasana orang ramai. Selalunya saya masuk sendiri. Dia pula tunggu di luar." Hurainya panjang lebar. Tanpa saya minta.
Saya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Tetapi perempuan bertudung biru itu menolak dengan sopan.
"Terima kasih. Saya dah telefon adik saya tadi. Kejab lagi dia datang jemput saya. Malam ni saya nak balik ke rumah mak!" Tegasnya.
Dan tidak lama kemudian seseorang menjemputnya. Meninggalkan saya dengan persoalan. Perangai sebilangan suami. Membiarkan isteri membeli barang sendirian. Dan kemudian meninggalkannya begitu saja. Macam orang bodoh!
Kepada para suami di luar sana. Hargailah isteri ketika ada. Kerana ketika tiada baru terasa kehilangannya...ini pesan seorang sahabat baru saya. Yang telah setahun lebih kematian isteri. Akibat leukimia. Sekalung Al-Fatihah untuk allahyarham!
10 comments:
memang ada suami macam tu. x bertolak ansur...
nasib baik 'kerusi' je, leh bior je dia berhujang berpanas, lelama berkulat, takdok sesape pandang, kalu 'takhta' nanya le si isteri
Adat dunia.ketika ada xdihargai.kalu dah tiada maru nek terkenang2. so jgn jadikan diri kita hidup tp seperti tdk bernyawa. jadilah spt org hidup wlp sudah tiada didunia ini.
Kita tak tahu apa masalah sebenarnya..mungkin ada yang terlepas cakap..jauh lebih baik di tinggalkan sementara daripada bertengkar di khalayak ramai..semuga mereka bermuasabah diri..kerana sekarang ni pun tak kurang isteri meninggalkan suami..kesimpulannya..mereka memerlukan penasihat yang tepat..bukannya pengumpat..
Aoalnya: Apakah yang membuatkan suami meniggalkan isterinya:
1) Suami tak sayangkan isterinya
2) Suami tak bimbangkan keselamatan isterinya.
3) Mereka Bergaduh.
4) Memang sifat suami yang panas baran.
...5) Suami tak mahu tunggu lama2 dan manja (Duduk Bawak ketiak emak)..semua nak harapkan isteri.
6)Ego Suami or Ego isteri.
7) Suami terlupa yang isteri ade kat supermarket...
kalau para suami x nak tunggu isteri lama2 semasa isteri membeli belah, bagi je duit,suruh je isteri drive sendiri dan shopping sendiri. SERONOK DAN LEBIH AMAN kalau suami xde.....!
Wa nak ingatkan para isteri2 jgn bagi 100% your love pda hubby you all.50% cukup.depa bukan pndai menghargai klu you all sangat pun
Wa dh baca lluahan sang isteri yg menjadi mangsa buli suami yang sengal lagi haprak tu. Wa bengang btui tngok suami tang tu.wa prnah jumpa dpn mata kes mcm tu....
Beb cita ni semua utk pedoman supaya kita ingat mengigati dan kalau ade depan mata cuba2 lah tolong walaupun tak berdaya secara fizikal at least kita boleh pesan kat orang lain supaya tak buat mcm tu. Manusia tak sama beb, lu mungkin baik hati tapi orang lain kita tak tahu isi hati...betul tak beb..
Joe fuji...saya juga pernah lihat depan mata...suami sepak terajang isteri. sebab suami nak kahwin lagi. anak mereka umur 4 tahun berlari ke rumah jiran sekeliling..minta tolong ...sambil menjerit....papa pukul mama!
Catat Ulasan